Synopsis
Filem Ahmad Albab mengisahkan di sebuah negara yang bernama Entadiman, tinggal seorang hartawan bernama Mashood (A.R Tompel). Dia sangat sombong, takbur, bakhil dan tidak percaya bahawa kekayaannya itu datang daripada Allah. Dia menyangka kekayaan hanya datang dari manusia yang bijak sepertinya sahaja.
Mashood mempunyai tiga orang puteri yang cantik jelita – Suhara (Mimi Loma), Mastura (Saloma) dan Zahara. Oleh kerana Mastura sering tidak sependapat dengan ayahnya, dia dinikahkan dengan seorang gembala kambing bernama Syawal (P. Ramlee) sedangkan Suhara dan Zahara dinikahkan dengan anak orang-orang kaya.
Pada suatu hari, sedang Syawal mencari kambingnya yang hilang di sebuah gua, dia terjumpa harta yang sangat banyak. Apabila dia hendak mengambil harta tersebut, muncul Jin yang menjaga harta itu lalu memberitahunya yang harta itu adalah kepunyaan Ahmad Albab. Syawal sangat bingung memikirkan siapakah dia Ahmad Albab?
Bagaimanakah kisah yang akan terjadi seterusnya… Filem Ahmad Albab diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.
Pelakon: Tan Sri P. Ramlee, A.R Tompel, Saloma, Mariani, Mimi Loma, Karim Latif, Tony Azman.
Ahmad Albab (1968)
LIKE MEDIAFIRE ALL MOVIES!
Labels: 1968, A, Comedy, Drama, Malay, P Ramlee