Ibu (1953)


 Synopsis

Kanak-kanak miskin (Raimi) yang mempunyai ibu buta bercita-cita mahu menjadi pemain muzik (trumpet) yang terkenal. Tetapi kerana tidak mampu cita-cita itu tinggal cita-cita saja sehinggalah pada suatu hari keinginannya muncul semula apabila seorang kaya yang baik hati bersetuju membantunya sebagai balasan kejujuran Raimi yang memulangkan dompet duitnya yang tercicir sewaktu untuk menaiki kereta.

Orang kaya itu (Zulkifli) yang juga bergiat dalam bidang muzik mengajar Raimi bermain muzik terutama kepada alat muzik trumpet hinggalah dewasa dimana dia telah menunjukkan kehandalannya meniup trumpet lebih handal dari Zulkifli sendiri yang selama ini mendidiknya.

Raimi kemudian pergi ke Singapura untuk mengadu nasib dan setelah gagal mencari teman baik Zulkifli (juga pemain muzik), Raimi telah dicuba bakatnya oleh pemimpin muzik (Tony) yang hasilnya dia berjaya dan diterima bermain sebagai peniup trumpet di Railto Café.

Dalam pada itu, Raimi dicintai oleh Hamidah yang tinggal bersebelahan rumah ketika dia tinggal bersama Tony sebelum dia memperolehi tempat tinggal lain tetapi Raimi tidak begitu mengambil peduli tentang cinta Hamidah terhadap dirinya itu.

Bila mendapat kejayaan di Singapura, Raimi mula lupa daratan. Cara hidupnya berubah dari berbudi bahasa menjadi angkuh dan sombong sehingga dia sanggup menderhaka terhadap ibu dan Zulkifli yang membantunya menjadi terkenal semata-mata kerana mereka melarang supaya dia jangan berkahwin dengan wanita yang bertujuan untuk mengaut wang yang diperolehinya. Ibu Raimi mahu supaya Raimi berkahwin dengan Hamidah.

Kerana tindakan Raimi itu, akhirnya ibunya meninggal dunia. Pak Ciknya (Zulkifli) terbunuh bersama isteri Raimi kerana Zulkifli mahu menyelamatkan Raimi manakala Hamidah terbunuh kerana dilanggar keretapi semasa mengekori Raimi di landasan keretapi.

Raimi sendiri ingin membunuh diri tetapi kerana mendengar suara dan terbayangkan wajah ibunya Raimi menukar fikiran.

Ibu (1953)

[MEDIAFIRE 1]
[MEDIAFIRE 2]
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OTHER MOVIES

2leep.com


LIKE MEDIAFIRE ALL MOVIES!

Labels: , , ,



Leave A Comment: