Jangan Tinggal Daku (1971)


 Synopsis

Tahirah anak perempuan Dato Mahmud, seorang majistret di Pulau Pinang, suka berkawan dengan Tahir, anak orang gaji mereka, Mariam. Persahabatan mereka terputus apabila Dato Mahmud ditukarkan ke Kuala Lumpur. Selepas ibunya meninggal dunia, Tahir berhijrah ke kota di mana dia terjebak dalam kegiatan jenayah kecil-kecilan. Keberanian serta ketangkasan Tahir akhirnya menjadikan dia ketua sebuah kumpulan perompak.

Pada suatu hari, Tahir menemui sebentuk cincin dalam hasil rompakan rakan-rakannya. Dia begitu mengenali cincin tersebut yang pernah diberikannya kepada Tahirah semasa kecil dahulu. Tahir memarahi mereka kerana merompak rumah Dato Mahmud. Kemudian terjadi pertengkaran besar di mana Tahir telah menembak mati kesemua perompak tersebut. Apabila Tahir pergi ke rumah Dato Mahmud untuk mengembalikan cincin tersebut, dia telah termasuk ke dalam perangkap polis yang dipasang oleh Inspektor Rosley, tunang Tahirah.

Tahir akhirnya dijatuhkan hukuman mati kerana kesalahannya. Semasa menunggu hukumannya dalam penjara, Tahir meminta untuk menemui Dato Mahmud. Pada waktu itu, barulah Dato Mahmud mengenali Tahir dan dengan serta-merta dia menghubungi Tahirah yang sedang bercuti di Singapura. Rahsia mengenai Tahir dan Tahirah yang selama ini disimpan oleh Dato Mahmud akhirnya terbongkar.

Jangan Tinggal Daku (1971)

[MEDIAFIRE 1]
[MEDIAFIRE 2]
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OTHER MOVIES

2leep.com


LIKE MEDIAFIRE ALL MOVIES!

Labels: , , , ,



Leave A Comment: