Merana (1954)


 Synopsis

AMIR telah dihantar oleh ibunya ke rumah bapa saudaranya di Taiping dengan harapan Amir akan terpikat dengan sepupunya (Rosini). Tetapi Rosini terlalu becok yang membuatkan Amir tidak suka padanya apatah lagi dia telah terpikat dengan Aminah apabila ditemuinya di telaga selepas terjatuh dalam lumpur bila dia mengejar budak-budak yang cuba memancitkan tayar basikalnya.

Ibu Amir kecewa bila Amir menyatakan keengganannya mengambil Rosini sebagai isterinya sebaliknya menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Aminah, anak guru sekolah yang telah kematian ibunya. Ibu Amir tidak bersetuju tetapi setelah kakak Amir (Faridah) memujuk ibunya akhirnya segala apa yang terhalang dapat diselesai apabila ibunya bersetuju juga menikahkan Amir dengan Aminah.

Tetapi malangnya, sebaik saja mereka diijabkabulkan dan apabila Aminah dibawa tinggal bersama mereka Faridah mendapat kemalangan lalu meninggal dunia. Dengan itu ibu Amir menuduh Aminah telah membawa sial ke rumah itu. Dalam pada itu, bapa dan emak saudara Amir serta anaknya Rosini, datang tinggal bersama mereka. Dan kerana gagal mendapatkan Amir sebagai menantu, mereka telah membuat berbagai cara menghasut ibu Amir untuk menganggu kedamaian hidup Amir dan Aminah.

Aminah yang penyabar bersabar menanggung deraan dan kutukan ibu mertuanya dan tidak pernah mengadu kepada Amir dan tidak langsung menunjukkan tanda marah terhadap perbuatan ibu mertuanya serta bapa dan emak saudara dan juga Rosini. Memandangkan hasutan dan fitnah tidak berjaya dan Amir pula sentiasa saja menyebelahi isterinya kerana dia tahu Aminah tidak bersalah pertengkaran pun berlaku antara Amir dan ibunya yang mana menyebabkan ibunya meninggalkan rumah tinggal bersama adiknya.

Bagaimanapun, ibu Amir kembali semula ke pangkuan Amir dan Aminah apabila dia mendapat tahu yang Aminah telah melahirkan anak. Sikap ibunya terhadap Aminah tetap seperti biasa dan lebih zalim lagi apabila dia tidak dibenar mendekati anaknya apalagi untuk mengasuhnya. Semasa Amir pergi menguruskan perniagaannya, Aminah menerima surat memaklumkan ayahnya sakit kuat dan mahu bertemu dengannya. Aminah ingin membawa anaknya bersama menemui ayahnya tetapi tidak dibenarkan ibu mertuanya.

Oleh yang demikian, Aminah membawa lari anaknya tanpa pengetahuan ibu mertuanya, tetapi sayangnya keretapi sudah berlepas. Aminah kecewa dan semasa menunggu keretapi lain seorang lelaki yang sangat bersimpati menemaninya di situ dan di masa yang sama ibu mertua Aminah sampai dan merampas cucunya dan menuduh Aminah tidak setia dan curang kerana lari dengan lelaki lain. Tanpa anaknya Aminah sampai juga ke rumah ayahnya bagaimanapun ayahnya telah meninggal dunia. Lantaran berbagai penyeksaan yang ditanggungnya Aminah juga turut mengikut jejak ayahnya menemui Tuhannya.

Amir pula apabila pulang mendapat laporan palsu dari ibunya dan apabila berada di rumah suatu malam Aminah telah datang menemuinya dan mendodoi anaknya. Tetapi setelah dia bangun dari tidur didapatinya Aminah sudah tiada lagi. Amir kemudian bergegas ke rumah Aminah di mana didapatinya sebenarnya Aminah sudah meninggal dunia. Amir tidak percaya Aminah meninggal dunia kerana baru malam tadi Aminah ada bersamanya. Bagaimanapun doktor telah mengesahkan Aminah sudah meninggal dunia awal daripada itu. Ini tambah mengelirukan Amir.

Keadaan Amir semakin teruk, dia jatuh sakit sebab fikirannya terganggu kerana sentiasa ingatkan Aminah. Ibunya sangat menyesal atas perbuatannya yang sering menyeksa Aminah tetapi sudah terlambat. Ketika doktor datang mengubatinya dan memberi berbagai-bagai nasihat, Amir ternampakkan roh Aminah terawang-awang. Dia cuba pergi untuk mendapatkan roh itu, tetapi di laman rumah Amir terjatuh lalu terus meninggal dunia.

Merana (1954)

[MEDIAFIRE 1]
[MEDIAFIRE 2]
[MEDIAFIRE 3]
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OTHER MOVIES

2leep.com


LIKE MEDIAFIRE ALL MOVIES!

Labels: , , , ,



Leave A Comment: