Anak Bapak (1968)


 Synopsis

Filem Anak Bapak mengisahkan Che’ Harun (P. Ramlee) ialah seorang pengurus ladang getah kepunyaan bapanya sendiri. Dia seorang yang boros berbelanja dan sering ketiadaan wang. Walaupun sikapnya begitu, namun dia juga adalah seorang pengurus yang baik hati dan amanah. Untuk melepaskan sikapnya yang suka berfoya-foya di kelab malam dia banyak berhutang dengan ceti.

Di kelab malam yang selalu dikunjunginya dia berkenalan dengan Che’ Normah (Ruminah Sidek). Bagi menjelaskan hutang-hutangnya, Che’ Harun terpaksa berbohong dengan bapanya Dato’ Mahfuz (A.R Tompel) dengan menyatakan yang dia memerlukan wang untuk melangsungkan pernikahan. Dato’ Mahfuz yang tinggal berjauhan daripada anaknya sememangnya sudah lama mendesak Che’ Harun supaya berkahwin. Mendengar berita gembira tersebut, Dato’ Mahfuz tidak berfikir panjang lalu terus mengirim wang yang banyak kepada anaknya.

Sementara itu, Dato’ Mahfuz yang sering terganggu kesihatannya telah dinasihatkan doktor supaya berehat dan bercuti di luar. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur ditemani jururawat yang selalu menjaganya iaitu Halimah (Rose Yatimah). Sambil berehat dia juga ingin bertemu anak dan menantu barunya. Ketibaan bapanya menyebabkan Che’ Harun menjadi serba salah kerana dia sebenarnya masih belum bernikah dan ini menyebabkan dia menjadi kelam kabut dan dia terpaksa meminjam isteri pemandunya Salleh (Ibrahim Din) untuk berlakon menjadi isterinya…

Apakah kisah yang akan terjadi seterusnya… Filem Anak Bapak diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon: Tan Sri P. Ramlee, A.R Tompel, Ibrahim Din, Rose Yatimah, Ruminah Sidek, Noran Nordin, Karim Latif.

Anak Bapak (1968)

[MEDIAFIRE 1]
[MEDIAFIRE 2]
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OTHER MOVIES

2leep.com


LIKE MEDIAFIRE ALL MOVIES!

Labels: , , , , ,



Leave A Comment: