Musang Berjanggut (1959)


 Synopsis

NEGARA Pura Cendana diperintahkan oleh Sultan Alam Shahbana berada dalam aman dan sentosa. Tetapi Baginda Sultan bersedih hati kerana tidak mempunyai putera dan puteri disebabkan permaisuri Bginda mandul. Sultan Alam Shahbana takut nanti siapa yang akan menggantikan Baginda apabila mangkat kelak untuk mengambil alih pemerintahan Pura Cendana.

Kerunsingan Baginda bagaimanapun terhindar apabila Permaisuri Pura Cendana mencadangkan supaya Baginda mengambil anak angkat. Oleh itu, kesemua rakyat yang mempunyai anak lelaki diminta bertanding, dan sekiranya Baginda bersetuju kanak-kanak tersebut akan dilantik menjadi Raja Muda Pura Cendana.

Setelah pertandingan dilaksanakan, Sultan Alam Shahbana memilih anak Kelopak Salak dan dengan serta merta kanak-kanak tersebut diberi nama Tun Nila Utama, Raja Muda Pura Cendana. Dalam proses pembesaran, Tun Nila Utama telah memperlihatkan kehandalan dan kepintarannya terutama bermain senjata. Dan apabila cukup dewasa dia telah dihantar berguru untuk mendalami lagi ilmu dan kesaktiannya.

Apabila pulang setelah menuntut ilmu, Sultan Alam Shahbana mahukan Tun Nila Utama beristeri. Boleh memilih sesiapa saja termasuk anak-anak perempuan pembesar-pembesar Negara Pura Cendana. Bagaimanapun Tun Nila Utama menolak dan menyatakan anak-anak Datuk Menteri tidak layak menjadi isterinya kerana dia menganggap mereka bukannya perempuan tetapi "betina". Katanya lagi kepada Baginda Sultan: "Perempuan memelihara maruah dan betina menjual maruah".

Perbuatan Tun Nila Utama itu menyebabkan Baginda Sultan murka dan Baginda telah meminta Mamakanda Mangku Bumi supaya memberikan wang 3000 dinar dan memaklumkan yang Tun Nila Utama diberi tempoh setahun untuk membawa perempuan untuk mengadap Baginda. Kalau tidak kepala Tun Nila Utama akan di pancung.

Sebelum meninggalkan Pura Cendana untuk pergi mengembara mencari perempuan, Tun Nila Utama meminta emaknya mencampuradukkan – beras, bawang putih, cili kering, garam, bawang dan sebagainya kemudian dimasukkan ke dalam uncang. Apabila emaknya bertanya kenapa barang-barang tersebut dicampuradukkan, Tun Nila Utama menjawab: "Supaya senang mencari perbezaan antar perempuan dengan betina". Disamping itu Tun Nila bersumpah, katanya: "Kalau ada salah seorang perempuan yang sanggup memasak barang-barang ini dengan sempurna orang itulah akan menjadi pilihanku. Tetapi kalau tidak, ku haramkan mencukur sebarang rambut yang tumbuh diwajahku. Dan aku tidak akan pulang lagi ke Pura Cendana".

Dalam penggembaraannya, Tun Nila Utama telah singgah dari sebuah rumah ke sebuah rumah dan bila diminta memasak barang-barang yang terdapat dalam uncang itu kepada anak tuan rumah yang disingahinya untuk bermalam tidak ada seorang pun yang sanggup malahan menganggap Tun Nila Utama "orang gila". Tetapi apabila Tun Nila Utama bertemu dengan Puspa Wangi yang cerdik lagi pintar, dia sanggup memisah semua barang tersebut dan memasakkannya kerana dia tahu mesti ada sesuatu muslihat yang menyebabkan Tun Nila Utama berbuat demikian.

Puspa Wangi berjaya mengasingkan segala barang yang dicampuradukkan oleh Tun Nila Utama itu lalu memasakkannya dengan lazat sebagai hidangan makan malam dan ini menyebabkan Tun Nila Utama mengkagumi Puspa Wangi lalu ingin mengahwininya.

Bila hasratnya dinyatakan kepada bapak Puspa Wangi, emaknya dan juga yang empunya diri sendiri, mereka semuanya bersetuju. Dengan itu berkahwinlah Tun Nila Utama dengan Puspa Wangi. Selepas berkahwin Tun Nila Utama pun membawa Puspa Wangi ke Pura Cendana. Apabila Puspa Wangi diperkenalkan dengan Sultan Alam Shahbana beserta empat orang menteri kanannya masing-masing begitu terpesona dengan kecantikan dan kejelitaan Puspa Wangi. Sejak pertemuan itu, masing-masing begitu tergila-gilakan Puspa Wangi.

Bagi Sultan Alam Shahbana, Baginda sendiri telah diserang demam labi-labi (lebih kurang macam demam kura-kura) dan menurutnya hanya boleh sekiranya boleh mendapat barang ajaib iaitu hati "Musang" Berjanggut. Menurut Datuk Bentara Mangku Bumi (berdasarkan dari mimpinya) dan kalau mahu mendapatkan hati "Musang" Berjanggut mestilah Tun Nila Utama sendiri pergi mencarinya dan ini telah disokong pula Datuk Bendahara Seri Paduka Raja, Datuk Pujangga dan Datuk Nikah Kahwin.

Tun Nila Utama, dia bersetuju pergi mencarinya. Bagaimanapun sebagai seorang perempuan yang bijak lagi pintar, Puspa Wangi tahu akan muslihat itu dan dia merancang sesuatu untuk memerangkap Sultan Alam Shahbana beserta menteri-menteri kanannya. Puspa Wangi mengatur kedatangan Sultan dan menteri-menteri "ulat bulu" itu ke rumahnya dan akhirnya "Musang" Berjanggut pun dapat ditangkap.

Di Balai Penghadapan, Tun Nila Utama mengadap Sultan Alam Shahbana dengan membawa "Musang" Berjanggut sebagai yang dikehendaki, dan menurut Tun Nila Utama bukan ditangkap olehnya tetapi oleh Puspa Wangi. Dan apabila terlihat oleh Sultan Alam Shahbana ke dalam peti Baginda terperanjat mendapati Datuk Nikah Kahwin berada di dalamnya. Bila menyedari akan kesilapan yang telah Baginda lakukan lalu Sultan memerintahkan supaya Puspa Wangi mengadap Baginda untuk meminta maaf atas kelancangan dan biadap Baginda dan juga menteri-menterinya terhadap Puspa Wangi.

Sebagai alas an Sultan Alam Shahbana menyatakan, Baginda berbuat demikian untuk mencari perbezaan antara "perempuan" dengan "betina". Dan dengan itu, dalam tempoh sepurnama lagi Baginda mahu menabalkan Tun Nila Utama sebagai Sultan Pura Cendana iaitu sebelum Baginda bersama permaisuri Baginda pergi menunaikan fardhu Haji ke Mekah. Datuk-datuk Menteri yang berempat pula Baginda menyuruh mereka pencen.

Musang Berjanggut (1959)

[MEDIAFIRE 1]
[MEDIAFIRE 2]
[MEDIAFIRE 3]
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OTHER MOVIES

2leep.com


LIKE MEDIAFIRE ALL MOVIES!

Labels: , , , , ,



Leave A Comment: